Team building group gua kali ni lain sikit daripada
sebelumnya. Selalunya badminton memanjang atau aktiviti dekat hotel-hotel berdekatan.
Kali ni dekat Penang Golf Resort sebab bos baru gua suka main golf.
Saya Dengar
Aku tertarik dengan ayat ni "Kepada orang Melayu dan Bumiputera, usahlah bimbang dan gundah. Selagi ada bulan dan bintang, selagi hayat dikandung badan, survival melayu dan bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila" - Datuk Seri Najib Razak.
Apa pandangan anda? Leh komen kat bawah kalau nak komen.
Aku tertarik dengan ayat bulan dan bintang. Macam selalu dengar budak-budak yang buat MLM cakap. "Kami bukan bisnes yang menjanjikan bulan dan bintang". Lagi satu, selagi hayat dikandung badan, antara lirik lagu Pelita nyanyian Noh Hujan dan Azlan typewriter. Ada kaitan kut depa ni.
Minyak naik 20 sen...
Ya.. Ini bukan lagi cobaan.. Minyak petrol RON95 naik lagi 20 sen daripada RM1.90 seliter kepada RM2.10. Facebook wall aku dipenuhi oleh update tentang minyak je dalam sehari dua. Ada yang menyokong dan ada yang tak sokong. Dan ramai di pihak yang tak menyokong.
Sejujurnya, aku sendiri kurang bersetuju dengan kenaikan ini walaupun tak terkesan sangat dekat aku. Cuma yang aku pasti, akan ada segelintir (ramai kut) golongan yang akan menerima impaknya.
Dari pihak pemerintah, pengurangan subsidi tersebut dapat menjimatkan RM1.1billion sehingga hujung tahun ini. Ia bertujuan mengukuhkan ekonomi negara. Ini soal masa depan ekonomi negara (kata Najib).
Aku juga melihat dari pelbagai sudut tentang kenaikan minyak ni dari segi positif dan negatifnya. Aku tertarik dengan penjelasan tentang kenapa minyak tidak perlu dinaikkan di Malaysia (negara pengeluar minyak) walaupun harga minyak dunia naik. Cara dan strategi tersebut memang sangat-sangat logik tapi mungkin tak diterima kerana beliau bukannya ahli politik kut.
Walaubagaimanapun, di sebalik kenaikan minyak, terdapat PELUANG untuk aku bertindak.
Walaubagaimanapun, di sebalik kenaikan minyak, terdapat PELUANG untuk aku bertindak.
Ribut Di Penang (13 Jun 2013)
Hari ni aku gi keja bawak motor baru yang dah tamat tempoh cukai jalan. Sebelum ni aku bawak motor lama sebab takut ada roadblock. Padahal motor lama pun ada potensi disaman sebab nombor plate tak berada di tempat yang sepatutnya dan tak ikut spec.
Tak tau kenapa aku nak bawak motor baru walaupun memang nak bawak motor lama sebab laju dan sah di jalanraya.
Jadi, lepas kerja aku balik cam biasa. Sebelum masuk jambatan pulau pinang, hujan mula turun dan jadi makin lebat. Ada hikmahnya atas perasaan tak sedap hati nak bawa motor lama. Motor lama tak ada penapis udara. Kalau hujan lebat, confirm sangkut tengah-tengah hujan sebab air masuk dalam kaburator.
Sampai je ke mainland selepas tol (7:15pm), kereta dah tak bergerak dan nampak ada pokok tumbang di kawasan tempat bas kilang menunggu. Dan punca kereta tak bergerak disebabkan sebatang pokok tumbang merentas jalan. Motor pun sangkut, tapi lepas gak sebab cuma ada satu lorong saja muat-muat motor.
Yang ternampak, sebuah kereta, van dan motor yang kena hempap. Bomba sampai dan menjalankan tugas mereka dengan pantas. Terima kasih bomba.. anda hebat! Sebarang kemalangan jiwa tidak dapat dipastikan. Sila tanya di balai polis yang berdekatan anda.
Selamat Hari Guru.. 16 Mei..
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik tak kira secara rasmi atau tak rasmi.
Selamat hari guru buat abah yang bekas guru dan buat mak yang menjadi guru di rumah.
Juga terima kasih kepada yang mengucapkan selamat hari guru kepada gua walaupun gua bukannya seorang guru.. Awas!! nanti gua sekolahkan lu..

Sumber gambar : Internet/ Google
Aktiviti Memanah (Archery)
Memanah.. aktiviti yang belum pernah aku cuba, tapi teringin nak cuba. Antara sebab aku rasa teringin untuk mencuba kerana ia dapat menjadikan lebih fokus dan menajamkan minda. Lagipun ia merupakan kegemaran Rasulullah S.A.W.
Lebih setahun nak mencuba, baru minggu ni tercapai. Tu pun sebab ada member yang pernah memanah. So result aku untuk pertama kali memanah:
Percubaan pertama : 51
Percubaan kedua : 77
Percubaan ketiga : 68
Keseluruhannya, aku suka dengan aktiviti ni..
Motor Pancit
Minggu ni motor aku pancit buat kali ketiga dalam masa sebulan.. Pancit kali pertama masa Chinese New Year lepas. Pancit perlahan-lahan. Hari ni ok, esok dah kempis. Bila tukar, pomen cakap tak jumpa apa-apa pun. Tapi aku rasa ada makhluk benda halus yang kasi bocor. Malas nak cakap banyak, aku terima nikahnya saja.
Memang betul, baru tukar tiub, pancit lagi. So aku pegi kedai lain lak. Kasi tau ada bocor halus. Dia punya cari, jumpa dawai halus. Kan dah kata, tak pasal-pasal terbang RM20 untuk tiub saja. Pomen cadangkan supaya pakai tayar tubeless je. Aku mau tunggu sampai tayar botak dulu.
Baru seminggu lebih pakai, pancit lagi. Menurut pomen, rim Honda RS110 memang selalu makan tiub. Apa yang aku perasan, kepala tiub dia agak pendek. Sesetengah pam angin di stesen minyak tak boleh nak pam angin. Selalunya, aku kena keluarkan nut di kepala tiub dulu.
Macam ni punya pancit, tak sempat tunggu tayar yang botak, aku yang botak dulu. So aku terus tukar tayar tubeless. Beza RM10 saja berbanding tayar biasa.
Tak pasal-pasal dapat free gift sebab pekerja dia salah kira
Rock Legend KL live 16 March 2013
Petang sabtu lepas, sedang gua berjalan-jalan di KLCC, gua menerima satu panggilan jemputan untuk ke konsert Rock Legend. Antara band yang akan buat show ialah Bloodshed, Lefthanded, Sofea dan Rusty Blade dengan persembahan pembukaan oleh Kumpulan Jebat.
Nama-nama yang pernah top masa zaman rock kapak dulu. Bloodshed yang popular dengan lagu Srikandi cintaku dan Samarkhand, Lefhanded, banyak lagu-lagu yang best, Sofea dengan lagu Orang Timur dan Bunga Padang Pasir dan Rusty Blade dengan lagu Tiada Lagi Aku.
Jadi gua terpaksa membatalkan beberapa appointment malam tu sebab disogokkan dengan tiket free. Pukul 8:30 malam, gua bertolak ke Stadium Chin Woo di Jalan Jebat. Ramai gak orang yang rambut panjang menggerbang kat situ. Dulu-dulu, gua memang teringin nak berambut cam tu. Tapi selalu dicantas orang.
Sampai-sampai je, konsert baru nak bermula. Gua dapat masuk sebagai krew. Mak aih orang.. Ramainya, penuhnya.. tapi kat depan stage je. Tak sampai separuh dewan pun. Rasa cam konsert khas untuk orang-orang tertentu je. Senang sikit gua nak tengok. Tak payah bersesak-sesak.
Persembahan dimulakan dengan kumpulan Bloodshed. Gua cuma tau lagu Srikandi Cintaku dan Samarkhand je. Kemudian persembahan solo Man Kidal dan diikuti kumpulan SYJ @ Sofea. Ahli-ahli Lefthanded lain dan kumpulan Rusty Blade tak nampak bayang pun. Kemudian, ketiga-tiga gitaris bergabung untuk lagu Srikandi Cintaku. Sakit tekak gua sebab tumpang menyanyi.
Bloodshed
Man Kidal
Man Kidal Solo
Sofea
Jebat
Last sekali, persembahan penutup oleh kumpulan Jebat, sebuah kumpulan baru. Dekat banner/ flyer tulis persembahan pembukaan. Agak berterabur sikit penganjuran. Selalunya kumpulan baru sebagai pembuka. Letak kat hujung, memang ramai yang angkat kaki balik. Mungkin ada yang rasa tertipu sebab artis tak semua datang tapi tiket dah bayar. Bagi gua, itu masalah penganjur dengan artis. Adalah sebabnya. Semua orang ada masalah. So, bersangka baik.
Dari Kiri: Man Kidal, Hamdan Bloodshed & Man Rani Sofea
Superpapa
Minggu ni, anak aku yang paling kecik (bukan bongsu) kena admit dekat hospital sebab banyak kahak dalam paru-paru. Paling kurang mau seminggu kena tahan. Bermakna seminggu lah aku kena mengasuh anak-anak sorang-sorang. Jadi, inilah kisahnya..
Hari Pertama (isnin)
Lepas hantar anak-anak ke tadika, aku terus ke KPJ untuk check baby lepas berapa hari tak ok-ok. Kesian lak tengok baby susah nak bernafas. So bila doctor check, memang kena admit. Tak packing apa-apa pun sebab ingatkan boleh balik. So terus check in. Cuma dapat bilik untuk 4 orang sebab yang bilik sorang dah penuh.
Antara kelebihan bilik 4 orang, ada kawan, bapak tak boleh tido situ dan insuran cover penuh. Antara kelebihan bilik sorang lak, boleh buat macam hotel. Bapak boleh tido sekali. Cuma insuran tak cover penuh.
Petang wife balik ambik budak-budak sebab nak packing pakaian dia sekali. So malam datang semula bawak budak-budak.
Bila habis masa melawat (kul 10 lebih), memang kena balik la. So, Insyirah (anak 2nd) yang tak biasa berenggang dengan mama dia, asyik menangis dalam kereta sampai ke rumah.
Beg untuk ke sekolah esok dah siap. Tak banyak aktiviti sangat. Semua cepat tido. Aku dan budak-budak tido atas lantai sebab dekat dengan tepon (tengah charge). Takut bangun lambat sebab tak dengar bunyi alarm.
Hari Kedua (Selasa)
Pagi, budak-budak senang nak bangun mandi. Cuma insyirah asyik menangis nak mama. Tak nak ke sekolah.
Petang lepas keja, aku ambik diorang dekat tadika. Bawak jalan-jalan pasar malam beli makanan untuk alas perut, beli kain meter untuk aktiviti menjahit (hobby baru aku kut).
Lepas solat maghrib, keluar rumah untuk ke hospital. Kebetulan jiran sebelah gelak kuat sebab tengah tengok tv. Insyirah dengan kuat panggil kakak dia. “Along! Cepat.. Kat sini ada syaitan”. Hoh! Ntah jiran boleh dengar ke tak.
Balik dari hospital, Insyirah asyik menangis lagi. Sampai rumah pun menangis. Aku buat tak kisah sebab nak mengemas.
Humaira (anak 1st) lak sampai-sampai rumah, terus keluarkan baju-baju yang dah pakai dari dalam beg dia dan beg adik dia untuk masukkan ke dalam mesin basuh. Lepas tu dia masukkan baju mama dia dari hospital dalam mesin basuh.
Sambil-sambil tu lari pegi atas atau tempat yang hujung-hujung untuk menangis dengan penuh perasaan tanpa meninggikan suara. Kadang-kadang tengok duk sembang dengan dinding sambil menangis. Siap ngan tangan lagi. Pas settle, sambung buat keja balik. Bila lalu depan aku, muka tunduk untuk cover. Tak nak aku tau dia menangis. Aku pun tolong gi kutip mana-mana baju yang dah pakai untuk basuh.
Sementara tunggu mesin basuh menjalankan keja dia, Humaira dengan sendiri angkat beg-beg sekolah ke atas. Siapkan beg dia dan beg adik untuk esok. Bila check, semua dah tersedia. Pakaian untuk lepas sekolah, tuala, pampers adik dia etc.
Lepas siap membasuh, angkat kain untuk jemur. Humaira datang tolong buang baju-baju yang dah kering dari penyidai. Sambil sembang-sembang dengan dia, dia lipat baju-baju yang dah kering dan susun sekali dengan baju yang dah lipat. Hasil keja agak sama dengan orang tua buat. Agak kemas (dan laju). Aku rasa sedikit touching tengok budak 6 tahun buat keja dan nampak tabah.
So lepas habis sidai baju, aku suruh dia stop melipat untuk tido. Tak payah lipat semua. Simpan sikit untuk mama dia melipat nanti. Sempat gak dia pesan suruh citer kat mama yang dia buat keja-keja ni (sampai sekarang aku tak cerita pun).
Hari Ketiga (Rabu)
Pagi senang bangun mandi. Insyirah cam biasa, menangis nak mama. Tak nak ke sekolah.
Petang wife amik budak-budak sebab dia nak tengok rumah (Rumah kami sangat lawa kut).
Balik dari hospital, Humaira dah tak sabar-sabar nak sampai rumah sebab aku nak menjahit baju. So, masing-masing excited nak tengok aku menjahit. Itulah aktiviti malam tu. Membuat baju kurung dalam masa kurang dari 2 jam sampai tertido.
Hari Keempat (Khamis)
Pagi senang bangun mandi. Insyirah dah OK. Tak menangis sangat. Tapi masih tak nak ke sekolah.
Petang wife amik budak-budak lagi.
Malam tak ada aktiviti. Sembang-sembang, main-main sikit, terus tido.
Hari Kelima (Jumaat)
Pagi senang bangun mandi. Insyirah dah OK. Pegi sekolah dengan happy sebab hari ni ada birthday party.
Petang aku ambik budak-budak sebab baby dah boleh keluar. Semua happy.
Sepanjang minggu aku menjadi pengasuh, ada gak sedikit-sebanyak yang aku belajar.
1) Budak-budak (merujuk kepada anak-anak aku) ni baik sebenarnya
2) Budak-budak ni senang je nak tido. Cara dia, tutup lampu je. Tak sampai 5 minit dah lelap.
3) Budak-budak ni senang je nak bangun dengan mudah (ada caranya). Selalunya jenuh berperang.
4) Diorang happy dan tak buat perangai sangat (sebab aku kasi perhatian kat depa)
5) Budak-budak semasa kecik perlu perhatian ibu-bapa, bukannya duit yang banyak. Perhatian lak memerlukan MASA. So terpulang kepada anda berapa banyak MASA yang anda nak kasi kat anak-anak. Jika masa kurang sebab terikat dengan kerja, itu cuma alasan mudah. Jika semasa kecik, kurang beri perhatian, tak mustahil bila besar nanti, diorang akan cari perhatian orang lain (GF, BF). Mungkin itu antara penyebab gejala sosial yang makin banyak berlaku.
6) Aku dapat flashback masa aku kecik-kecik dulu. Parent aku tak lah berduit sangat (macam aku). Tapi diorang banyak MASA dengan aku.
Bila jadi kes cam ni, aku mula terfikir untuk mencari atau membeli MASA (sape ada nak jual?).
Lori Terbalik (24 Februari 2013)
Kemalangan di persimpangan lampu isyarat Keladi, Kulim. Sebuah trailer membawa kayu balak terbalik. Kemalangan berlaku semasa mengambil selekoh ke kanan menuju arah Sungai Lembu. Sebarang kemalangan jiwa tidak dapat dipastikan. Malas nak tanya orang. Sila tanya di balai polis yang berdekatan anda.
Apa-apa pun, sentiasa berhati-hatilah di jalan raya.
Lelaki maut dilanggar kereta api barang di landasan berkembar
Petikan daripada akhbar online. Aku melalui kawasan kejadian masa tu. Ramai orang berkumpul untuk melihat termasuk aku. Cuma tak dapat amik gambar sebab bateri tepon kong. Daripada apa yang didengar, ada yang kata mati dibunuh, ada yang kata bunuh diri. Entahlah..
23 Februari 2013
BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki, dipercayai warga asing, ditemui mati dilanggar kereta api barang di atas landasan berkembar yang sedang dibina berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam malam tadi.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang tidak mempunyai pengenalan diri itu ditemui pekerja pembinaan landasan berkenaan ketika lalu di kawasan tersebut pada 8.30 malam.
"Mayat mangsa yang hanya memakai seluar pendek ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kepala telah putus dipercayai dilanggar kereta api yang melalui landasan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kejadian sebenar.
Katanya, mayat mangsa yang bertatu di betis kanan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Jurucakap polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, atau kehilangan anggota keluarga, agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama

Semua anak mak call selepas satu SMS...
Sempena cuti raya cina, aku balik kampung. Dah bertahun mak
aku pakai telefon bimbit (henpon), Cuma tau cara untuk amik call dan buat call
saja. Memandangkan dia baru upgrade ke henpon Galaxy Note (kelas ko Jah), dia rasa nak belajar
guna SMS sebab skrin yang besar (5.3 inci) memudahkan dia nak baca.
Bila check message box, ada berpuluh-puluh SMS yang belum
dibuka dan sememangnya jangan haraplah dia nak reply. Macam-macam SMS yang ada.
Ada yang kasi tau kelas mengaji batal, ada yang tanya ada kelas ka, yang kasi
tau kucing dia dah beranak pun ada. Semuanya sampai setakat henpon mak aku saja. Tak
sampai kat tuan henpon.
So pelajaran pun bermula. Step by step aku suruh dia buat,
siap anak aku yang umur 6 tahun pun membantu kalau mak aku tak dapat tangkap
(Anak aku pakai iPad 2 ja pun).
Bermula dari unlock tepon, buka mesej, create new message..
Pastu masa nak tulis mesej, mak aku tak reti nak tulis apa sebab ni cuma nak
belajar saja. So lepas terfikir benda nak tulis, dia pun tulis.. Punya lama
fikir, 3 patah perkataan saja yang dia tulis.
Next lesson, cara menghantar SMS. Aku ajar cara nak add
contact. So, penerimanya ialah semua anak-anak mak. Dan butang “hantar”
ditekan.
Tak lama lepas tu, sorang-sorang call mak aku kecuali aku
sebab memang duk depan mata dah pun, leh cakap direct.
Ok lah tu sebab aku sendiri pun jarang nak call sebab
busy lah sangat. Masing-masing busy. Masa balik kampung je bersembang, kalau tak balik, maunya
sekali dua call dalam tempoh next balik kampung (sebulan, dua bulan, lima bulan)
atau tak call-call langsung sampai diorang lak yang call tanya khabar.
Senarai orang terkaya di Malaysia
Gua terbaca article ni dari facebook Datuk Maznah Hamid.
ANANDA ORANG TERKAYA DI MALAYSIA (Kosmo 21 Jan 2013)
GELARAN orang terkaya di Malaysia yang disandang oleh `Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok sejak beberapa dekad lalu berakhir apabila kedudukannya kini dipintas oleh bilionair telekomunikasi tersohor negara, T. Ananda Krishnan.
Ananda yang sebelum ini menduduki tempat kedua senarai orang terkaya di Malaysia berdasarkan ranking majalah Malaysian Business pada tahun lalu memintas Kuok dengan kekayaan berjumlah RM30.56 bilion berbanding aset RM29.4 bilion yang dimiliki 'Raja Gula' itu.
Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.
Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.
Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.
Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RMI5.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.
Bagi tahun 2012, jumlah nilai harta ketiga-tiga bilionair tersebut berjumlah RM75 bilion.
Kedudukan Tan Sri Syed Mokhtar daripada Yayasan Al-Bukhary daripada tempat kelima pada tahun lalu bagaimanapun merosot ke tempat kelapan pada tahun ini dengan harta kekayaan RM9.14 bilion berbanding RM9.53 pada tahun sebelumnya.
Kedudukan kesembilan dan kesepuluh dalam senarai tersebut pula masing-masing dikuasai tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan AmBank dengan jumlah kekayaan sebanyak RM4.18 bilion dan Tan Sri Lee 01 Hian daripada Batu Kawan Bhd., sebuah syarikat perladangan, dengan nilai kekayaan berjumlah RM3.95 bilion.
Kaji selidik itu yang diadakan buat kali kedua oleh Nanyang Siang Pau turut menjelaskan bahawa jumlah nilai harta kekayaan bagi sepuluh hartawan tersebut berjumlah RM141.35 bilion.
Pada masa yang sama, antara 10 hartawan terkaya di Malaysia, kaum Gina masih merupakan golongan yang mencatat jumlah kekayaan tertinggi dengan aset terkumpul berjumlah RM97.47 bilion berbanding dengan kaum India berjumlah RM30.56 bilion dan diikuti Melayu yang mencatat jumlah kekayaan sebanyak RM13.32 bilion.
Jadi apa perasaan anda setelah membacanya! ?.
Jadikan amalan membaca kisah, sejarah, biografi orang-orang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Ketahui bidang, strategi bagaimana mereka meniti liku-liku perjalanan memburu 3K.
Yang baik jadikan Inspirasi dan Tauladan, buruk pula kita jadikan sempadan dan perbandingan!

Heh! Berpeluh gua..
Listen! Listen! Listen!
Tiba-tiba meletup kisah tentang kejadian yang berlaku di Forum
Suara Mahasiswa, UUM. Sebenarnya awal-awal lagi aku dah nampak orang share
video kejadian yang berlaku di wall facebook aku. Cuma aku tak ambik kisah
sebab rasa macam tak best je. Lebih seminggu, tiba-tiba jadi hot bila melimpah-limpah
status pasal benda ni di wall page facebook aku.
Kebanyakan status menghentam Presiden Suara Wanita 1Malaysia
(SW1M) Sharifah Zohra Jabeen (ada sorang dua kut yang menyokong). Macam-macam bentuk
kutukan yang ditujukan kepada Cik Pah (panggil cik pah leh? Pendek sikit). Aku
pun rasa macam tak patut dengan tindakan Cik Pah bila baca apa yang ditulis oleh
kebanyakan orang (boleh kata semua).
Jadi aku pun rasa nak tengok apa yang berlaku. Video yang
sama tapi dengan cara promosi yang berbeza.. Pertama kali orang upload – aku tak
berminat nak tengok (mungkin tajuk tak menarik dan aku sendiri yang malas nak
amik tahu). Kemudian, aku rasa terpanggil untuk tengok apa yang berlaku (disebabkan
testimoni daripada facebooker yang telah menonton dan poster-poster yang
mengutuk, perli, puji dan lain-lain). Satu marketing strategi yang berkesan.
Sedutan video:
- Ikrar beramai-ramai. Lama aku tak berikrar macam ni..
huhuhu
- Part Bawani menyuarakan pendapat. Aku rasa cara
penyampaian terlalu bersemangat dan emosi. Nampak macam menghentam. Orang yang diajukan
soalan lak, boleh rasa tercabar. Kira orang yang ditujukan kena kaw-kaw. Kalau duduk
rapat-rapat, ntah berapa kali kepala kena karate dengan tangan dia. Aku rasa
intonasi nada suara kurang sesuai dengan keadaan dan orang yang dia nak luahkan
perasaan cinta.
- Part Cik Pah mencelah. Satu tindakan untuk memancung
daripada terus diserang dan melalut lebih jauh. Bagi aku, biasa je. Lagi pun
itu program dia. Cuma beberapa point yang aku nak highlight:
1) SW1M mewakili kerajaan? (kurang selidik sikit.. tapi ada
1M kira ye la kut). Cik Pah kata jangan bandingkan dengan negara lain.
Tiba-tiba aku teringat kerajaan selalu banding-bandingkan harga minyak dengan negara
lain. Ok, cuma terfikir saja.. bukan kondem tau.. :)
2) Pergi ke negara-negara yang dicadangkan. Satu cadangan
yang kurang baik sebab ramai member-member aku yang berkerja di luar negara tak
bercadang untuk balik ke Malaysia. Aku nampak diorang agak hebat dari segi financial
dan lifestyle. Aku rasa rendah diri dan jeles... Huhuhu
3) Perbandingan mengenai education level. Dulu-dulu, sapa
yang sekolah tinggi, kira hebat. Kalau masuk university, lagi hebat.. Apa lagi
kalau sampai oversea, ada master, ada phd lagilah super-duper hebat.. Aku antara
yang teruja hingga hampir sampai ke oversea (tapi terkandas.. huhuhu). Kalau ada
qualification, hidup terjamin (statement zaman dulu). Adakah ia masih relevan lagi
sekarang. Bukan nak cakap tak sekolah tinggi pun ok, cuma dah ramai kat
sekeliling aku yang sekolah tak tinggi tapi berpendapatan sangat2 tinggi..
4) Haiwan? Apa-apa je lah, janji masa terisi.. Haiwan apa yang nampak happy? Jawapannya ialah semut.. Suka hati je nak buat sarang dalam laptop aku. Siap keluar main-main kat keyboard aku lak. Penyet kang.. Cuma part
lembu kambing tu nampak macam Cik Pah ni vegetarian lak. Dalam Islam dibenarkan makan
haiwan tersebut melalui proses penyembelihan yang betul supaya tidak menzalimi
haiwan. Kenapa manusia rakus lak. Oklah kalau statement ni datang dari non-muslim.
Part burung? Aku rasa aku paham burung apa yang Mat Lutfi maksudkan dalam video parody
dia.. huhu
Lain-lain berkaitan emosi. Masing-masing ada hak untuk
mempertahankan diri.
Hal yang terjadi cuma sebahagian daripada hal dalaman forum
tersebut yang mana tak perlu diperbesarkan (kut.. bagi aku la). Cuma malang
bagi Cik Pah, ia dirakam dah diupload untuk tontonan satu dunia dan menjadi
bahan senda dan makian. Sedikit sebanyak menjatuhkan reputasi beliau.
Jadi, lebih elok jaga tepi kain sendiri kerana kita tidak
tahu bila pulak giliran kita dirakam dan diupload ke Youtube.. hehehe..
Berani 2013
Alhamdullilah, akhirnya tercapai cita-cita aku untuk menjadi
seorang jutawan (serius ni).
Karangan asal lebih panjang. Cuma dipendekkan supaya tiada yang muntah-muntah akibat jeles. Ini cuma salah satu aktiviti yang ada di dalam seminar BeraniMati 2013 oleh Dr. Azizan Osman.
Karangan asal lebih panjang. Cuma dipendekkan supaya tiada yang muntah-muntah akibat jeles. Ini cuma salah satu aktiviti yang ada di dalam seminar Berani
First time aku datang ke program Dr. Azizan.. di Sunway Carnival
Convention Center -15 jan 2013 (sape yg datang malam tu, sila hai-hai kalau
berani). Sebelum ni walaupun ada seminar percuma, aku sentiasa buat tak peduli
dan macam-macam alasan lagi (tak ada masa, masa tak sesuai, malam, hari kerja,
malas, takut, bla! Bla! Bla!)
Mungkin kali ini tergerak sebab tajuk dia kot.. Berani 2013.
Ntah, memang kali ni aku rasa perlu berani untuk mendaftar dan berani untuk
berubah.
Perjalanan seminar memang menarik. Kebanyakan sharing daripada Dr. Azizan menjawab beberapa perkara yang aku pernah jawab/ tak tahu nak jawab/ menjawab dengan kurang tepat semasa bersembang-sembang di kedai kopi.
Bagi aku, tak ada masalah dengan program ni. Ini adalah salah satu daripada marketing strategi (ada terbaca komen-komen negative tentang Dr. Azizan). Apa yang disampaikan adalah sesuatu yang positif dan membuka minda. Terpulang kepada yang menerima samada nak ikut atau buat tak kisah. Bak kata Dr. Azizan masa seminar – Ada aku kesah? (setuju)..
Aku datang cuma nak tahu bagaimana hebatnya program ni sampai ramai yang telah berjaya mengubah hidup. Kebanyakan isi program aku pernah belajar. Samada secara sendiri atau melalui seminar bisnes-bisnes lain. So program ni lebih kepada utntuk refresh kembali dan yang paling penting, nak tengok dr. Azizan secara live (huhuhu). Memang dia ada Aura tersendiri (macam aku la gak..)
Aku rasa bersemangat sepanjang program ni (menjerit, menari, bergoyang inul, bershuffle, melompat sana sini – ini sudah tipu sebab aku adalah orang yang sopan santun). Cuma ada sedikit terganggu sebab pak cik kat belakang buat muka kering je. Apa yang orang lain buat, dia cuma berpeluk tubuh saja sambil senyum sinis kat sesapa yang pandang dia.. Cuma aku berbaik sangka kat dia sepanjang seminar. Mungkin dia memang dah lama jadi jutawan dan tak perlu terhegeh-hegeh macam orang lain.

Anugerah Juara Lagu 2012 (AJL 27)
Perhatian: Penulis bukanlah seorang yang berada di dalam bidang muzik. Tulisan ini sekadar coretan peribadi mengenai AJL 27. Kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang rasa sentap, kecik hati, tekanan perasan, rasa mual, pening, demam, gila dan sewaktu dengannya akibat komen yang dilontarkan terhadap artis idola anda.
Pak Ngah meninggal dunia
Tanggal 2 Januari 2013, bapa saudara aku (Pak Ngah Karim) telah pulang ke rahmatullah setelah sebulan lebih dimasukkan ke hospital akibat sakit.
Aku berkesempatan pulang untuk menziarah buat kali terakhir (Sempat berjumpa dan berbual dengan Pak Ngah dua hari sebelum tu).
Tahun Baru 2013
Dah masuk 2013 ek.. Masa begitu cepat berlalu.. Bagi yang membuat azam tahun 2012, ada yang tercapai, ada yang tak tercapai dan ada yang dah tak ingat apa azam dia..
Aku seperti biasa, dikatakan mencapai lebih daripada matlamat sebab tiada azam yang dibuat.. Jadi apa-apa yang berlaku adalah satu kejayaan.. (boleh gitu?)
Walaupun "mungkin" kita tak berjaya dalam apa yang kita usahakan, bukanlah itu penamat segalanya.. Natijah sesuatu perkara/ kejadian itu cuma dua;
1) Ganjaran &
2) Pengajaran..
Kedua-duanya baik untuk kita.
Azam aku untuk 2013 akan dibuat selepas pertengahan bulan ini.. Kenapa? Adalah sebabnya.. Sebab apa? Sebab belum fikir lagi sebab-sebabnya (Itu baru belum fikir sebab-sebabnya, belum lagi fikir pasal azam)..
Tindakan luar biasa mencapai impian tidak menunggu tahun baru akan datang kerana tahun baru tersebut adalah SEKARANG! - Petikan daripada status Facebook DAO
Subscribe to:
Posts (Atom)